Persoalan pokok dalam novel MELUNAS RINDU adalah kasih sayang. Hal ini demikian kerana persoalan kasih sayang diungkapkan dalam setiap aspek penceritaan peristiwa yang berlaku kepada watak utama dan watak sampingan. Bermula daripada kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa sama ada ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat, kasih sayang kepada sahabat, kasih sayang kepada teman seperjuangan dalam bidang pendidikan, kasih sayang kepada penciptaNya, kasih sayang kepada anak murid, kasih sayang kepada profesion perguruan, kasih sayang kepada tanah dengan cara berbudi kepada tanah dan sebagainya. Dapat dikatakan bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan kasih sayang. Dan kerana kasih sayang jugalah timbul kegigihan, kesungguhan dan keikhlasan watak utama dan sampingan untuk mencari jati diri sebagai seorang muslim sejati dan anak yang bertanggungjawab kepada keluarga sendiri. Kasih sayang yang dipaparkan oleh pelbagai watak dalam novel ini bak lautan yang tak bertepi, bahkan jika ada sedikit pergeseran akan segera diselesaikan bak kata pepatah, "biduk lalu kiambang bertaut". Kasih sayang yang wujud secara ikhlas dari dalam diri membolehkan watak utama dan sampingan menerima semua suratan yang ditakdirkan dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada penciptaNya.
UJIAN FORMATIF(1) TINGKATAN 4
1. Tulis sinopsis novel Melunas Rindu.
(Fokus jawaban : bahagikan sinopsis kepada 5 kategori plot iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks dan peleraian. )
2. Beri satu contoh yang sesuai untuk setiap nilai kasih sayang. (a) Kasih sayang kepada bapa
(b) Kasih sayang kepada ibu
(c) Kasih sayang kepada rakan
(d) Kasih sayang kepada Tuhan/ agama
(e) Kasih sayang kepada anak murid (pelajar)
Fokus jawaban :
1. Nyatakan watak terlibat
2. Buktikan kasih sayang satu watak dengan satu contoh
Contoh:
KASIH SAYANG KEPADA BAPA.
Fuad sayang kepada bapa angkatnya Pak Ismail.
Cara menunjukkan kasih sayang - membelikan Pak Ismail sebidang tanah untuk tujuan bercucuk tanam. Fuad juga membelikan Pak Ismail sebuah motosikal yang boleh digunakan untuk pergi ke kedai Leong atau kenduri-kendara di kampung.
KASIH SAYANG KEPADA IBU.
Farhana sayang kepada ibunya Mariana.
Cara menunjukkan kasih sayang-sentiasa pulang ke kampung apabila cuti untuk menjenguk ibunya- Dia juga sanggup berulang-alik ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang terlantar di hospital kerana sakit lelah.
SOALAN NOVEL
TAHUN 2001 (N)
| 4a | Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ? |
| 4b | Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. |
TAHUN 2002 (J)
| 4a | Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari. |
| 4b | Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. |
TAHUN 2002 (N)
| 4a | Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari |
| 4b | Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari |
TAHUN 2003 (J)
| 4a | Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita. |
| 4b | Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. |
TAHUN 2003 (N)
| 4a | Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut. |
| 4b | Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari |
TAHUN 2004 (J)
| 4a | Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut. |
| 4b | Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari |
TAHUN 2004 (N)
| 4a | Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji |
| 4b | Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. |
TAHUN 2005 (J)
| 4a | Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut. |
| 4b | Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari. |
TAHUN 2005 (N)
| 4a | Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? |
| 4b | Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. |
TAHUN 2006 (J)
| 4a | Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji. |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut. |
TAHUN 2006 (N)
| 4a | Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji. |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut. |
TAHUN 2007 (J)
| 4a | Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu. |
TAHUN 2007 (N)
| 4a | Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. |
TAHUN 2008 (J)
| 4a | Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. |
| 4b | Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel. |
TAHUN 2008 (N)
| 4a | Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. |
| 4b | Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. |
TAHUN 2009 (J)
| 4a | Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda. |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel. |
TAHUN 2009 (N)
| 4a | Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. |
| 4b | Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. |
0 ulasan:
Catat Ulasan