SOALAN CONTOH

Khamis, 25 Februari 2010

Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?

Pilihan jawaban : Wajar atau tidak wajar.

Cara menjawab : Jika wajar, huraikan alasan.

Huraian alasan : Masukkan watak yang terlibat dan peristiwa.

Contoh alasan kewajaran pengarang mengakhiri novel dengan cara demikian.

1. Fuad bertemu dengan ibu kandungnya setelah mencarinya selama bertahun-tahun. Ini dapat dikatakan sebagai kesudahan yang melegakan atau menggembirakan bagi seorang manusia yang sentiasa rindu untuk mencari ibu kandungnya.

2. Walaupun tidak dapat memperisteri Farhana, Fuad tidak bertindak di luar daripada batasan kewarasan akal fikiran. Dia masih mampu menerima suratan takdir daripada yang maha Esa. Dia masih mampu untuk menerima Farhana walaupun sebagai adik kandungnya sama seperti mereka mula kenal sejak dahulu.

3. Farhana mendapat berita gembira apabila rakan sekerjanya iaitu Cikgu Zamani telah bertukar ke sekolah yang lain. Farhana selama ini menganggap Cikgu Zaki sebagai "duri dalam daging" kerana sentiasa mengeji dan memandang rendah bukan sahaja dari segi penampilan fizikalnya bahkan latar belakang pendidikannya. Akhirnya Farhana akan berasa lebih tenang di sekolah tersebut walaupun terpaksa melepaskan Fuad pergi kerana menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan.

4. Robert Lim juga akhirnya bertemu semula dengan Mariana yang telah ditinggalkannya selepas didesak oleh ibunya agar mengahwini Susan. Walaupun sebak dengan pertemuan tersebut, sekurang-kurangnya Robert sanggup datang bagi meleraikan segala tekanan dalam jiwanya akibat perpisahan dengan Mariana dan meluahkan rasa bersalahnya kerana tidak berusaha mencarinya semula.

Pelajar boleh mengemukakan alasan-alasan lain yang mewajarkan tindakan pengarang mengakhir novelnya dengan cara begitu.

0 ulasan: